Polis siasat pelanggan tampar kakitangan Puspakom

Polis siasat pelanggan tampar kakitangan Puspakom

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata kejadian berlaku Nov lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

edisi siasat
Tangkap layar video tular menunjukkan suspek menampar kakitangan Puspakom kerana tidak berpuas hati selepas lori miliknya gagal pemeriksaan.
JOHOR BAHRU:
Polis mengesahkan video tular memaparkan seorang lelaki bertindak menampar seorang kakitangan Puspakom di Taman Daya berlaku November lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat dalam kenyataan berkata pihaknya menerima video itu kira-kira 3 petang tadi menerusi satu pautan di aplikasi X.

Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 Nov lepas melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.

Suspek katanya bertindak menampar seorang lelaki berusia 28 tahun selepas mendapati lorinya gagal dalam pemeriksaan kenderaan yang dijalankan mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak menyebarkan video berkenaan di media sosial bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Katanya, mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat polis, Mohd Syahriezam Shamri di talian 014-8028427.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.