
PETALING JAYA: Bekas senator, Ismail Yusop, dinaikkan ke jawatan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).
Beliau, yang sebelum ini timbalan ketua pengarah (komunikasi komuniti) J-Kom, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Khairuddin Othman, yang ditamatkan perkhidmatan pada Sept 2024.
Pelantikan beliau dikongsikan di laman Facebook Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) hari ini.
Ismail juga merupakan timbalan ketua pengarah AKM, lapor Berita Harian.
Khidmat Khairuddin, yang juga bekas Adun Paya Jaras, berakhir enam bulan selepas dilantik pada Mac 2024 untuk menggantikan Muhammad Agus Yusoff.
Agus, seorang bekas pensyarah, meletak jawatan pada November 2023.