J-Kom nafi kempen pemimpin tertentu PKR

J-Kom nafi kempen pemimpin tertentu PKR

Ketua Pengarah J-Kom Ismail Yusop berkata dakwaan mengaitkan jabatan itu dengan pemilihan parti adalah tidak berasas.

Ketua Pengarah J-Kom Ismail Yusop berkata menafikan petugas jabatan itu diarahkan untuk ‘like’, ‘share’, dan ‘promote’ kempen pemimpin tertentu dalam pemilihan PKR. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Ismail Yusop berkata tiada arahan untuk mana-mana petugas untuk ‘like’, ‘share’, dan ‘promote’ kempen pemimpin tertentu dalam pemilihan PKR 2025.

Beliau berkata dakwaan yang mengaitkan jabatan itu dengan pemilihan parti, adalah tidak berasas.

“Semua kakitangan J-Kom menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti, selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.

“Saya juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa J-Kom terlibat dalam berkempen untuk mana-mana pemimpin dan digunakan untuk menyerang pemimpin-pemimpin tertentu. Tiada sebarang arahan rasmi dikeluarkan untuk aktiviti seperti itu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi, J-Kom sentiasa komited menyampaikan maklumat yang tepat, adil, dan berimbang, demi memperkukuh sistem demokrasi dan kestabilan negara.

“Saya mengingatkan semua pihak agar berhenti menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi jabatan ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.