BMI bawah 28 baru boleh naik pangkat, kata KPN

BMI bawah 28 baru boleh naik pangkat, kata KPN

Razarudin Husain berkata ia antara kriteria tambahan bagi menjadikan proses kenaikan pangkat pegawai dan anggota polis lebih ketat.

polis-pdrm
Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata dasar kenaikan pangkat pegawai polis juga ditambah baik pelaksanaan e-Kursus dan Penilaian Kompetensi Dalam Talian (PeKAT).
PETALING JAYA:
Indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 28 perlu dipenuhi untuk dipertimbang naik pangkat, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Katanya, berkata syarat BMI itu antara kriteria ditambah bagi memastikan proses kenaikan pangkat menjadi lebih ketat.

“Inisiatif ini penting untuk memastikan kesihatan dan kemahiran anggota polis.

“Sekali gus meningkatkan keupayaan menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara,” katanya menurut Berita Harian pada satu majlis di di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, polis juga telah memperkasakan proses kenaikan pangkat agar lebih telus, adil, dan memberi peluang sama rata.

“Dasar kenaikan pangkat pegawai kanan polis ditambah baik melalui pelaksanaan e-Kursus dan Penilaian Kompetensi Dalam Talian (PeKAT).

“Ia bertujuan membendung isu pilih kasih, tohmahan dan memastikan pemilihan calon sesuai, cekap dan layak,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.