3 maut nahas 4 kenderaan di Rembau

3 maut nahas 4 kenderaan di Rembau

Sebuah lori disyaki hilang kawalan lalu dilanggar tiga kereta awal pagi tadi.

kemalangan plus
Tiga maut dalam kemalangan di KM226.3 Lebuhraya Utara-Selatan, Rembau. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Tiga maut, manakala enam parah dalam nahas lori dan tiga kenderaan lain, dalam kejadian di KM226.3 Lebuhraya Utara-Selatan, Rembau, awal pagi tadi.

Mangsa maut melibatkan pemandu dan kelindan lori yang meninggal dunia di lokasi, selain penumpang kereta Honda City, yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rembau.

Nahas dipercayai berlaku susulan lori membawa muatan tanah dan bunga hilang kawalan sekitar 5.50 pagi, sebelum tiga lagi kereta melanggar kenderaan berat itu.

Ketua Polis Rembau Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, berkata mangsa maut adalah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73, kelindan, Md Usuf Ali, 40, dan penumpang kereta, Terence Ng Zhi Yang, 21.

“Lori yang turut dinaiki dua kelindan warga Bangladesh itu dikatakan dipandu di lorong kiri dan dipercayai hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian,” katanya menurut Berita Harian.

Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat K Kaveearassu di talian 01121581473.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.