39 tahun penubuhan, GiatMara lahir ramai usahawan berjaya

39 tahun penubuhan, GiatMara lahir ramai usahawan berjaya

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi bangga atas kejayaan sepanjang hampir empat dekad itu dan turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-39 GiatMara.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata dengan 232 cawangan GiatMara terus komited memperkasakan bidang latihan kemahiran teknikal dan vokasional. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Sejak ditubuhkan 39 tahun lalu pada 12 Jan 1986, GiatMara memainkan peranan aktif dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan usahawan berjaya dalam negara.

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, berkata dengan 232 cawangan di seluruh Malaysia, GiatMara terus komited dalam memperkasakan bidang latihan kemahiran teknikal dan vokasional selaras keperluan industri masa kini.

“Kejayaan GiatMara melahirkan graduan yang berkualiti mencerminkan dedikasi mereka dalam memastikan setiap pelajar bukan sahaja berdaya saing, tetapi juga bersedia untuk mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing,” kata menteri kemajuan desa dan wilayah di Facebook.

Zahid yang pengerusi Jawatankuasa Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara menzahirkan perasaan bangga atas kejayaan sepanjang hampir empat dekad itu dan turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-39 GiatMara.

Beliau turut mendoakan semoga institusi berkenaan terus berkembang pesat, memperkasakan lebih ramai rakyat di negara ini dan menjadi peneraju utama dalam memperkasakan agenda TVET negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.