DBKL arah henti Karnival Havoc Food Festival di Setapak

DBKL arah henti Karnival Havoc Food Festival di Setapak

Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata penganjuran acara itu tidak mendapat lesen hiburan semasa.

DBKL arah henti
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata DBKL menolak permohonan penganjur mendapatkan lesen bagi mengadakan Karnival Havoc Food Festival sebanyak dua kali. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival di tempat letak kereta Sama Square, Setapak sejak 9 Jan lalu diarah dihentikan bermula hari ini, kata Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana penganjurannya tidak mendapat lesen hiburan semasa.

“Susulan kesesakan lalu lintas melampau yang mengganggu penduduk di kawasan terbabit, pejabat saya menyusuli tindakan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Menteri sumber asli dan kelestarian alam itu turut memaklumkan permohonan penganjur untuk mendapatkan lesen bagi mengadakan festival itu ditolak dua kali kerana permohonan lewat dan aduan penduduk berkaitan masalah lalu lintas.

“Pihak penganjur diingatkan tidak mengulangi kesalahan terbabit dan mengambil maklum situasi penduduk setempat sebelum menganjurkan apa-apa acara yang boleh mengganggu orang awam.”

Tular di media sosial sejak 9 Jan lalu apabila penduduk di sekitar kawasan itu memberi reaksi negatif kerana terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas hampir dua jam akibat penganjuran karnival yang dijadualkan tamat esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.