
Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata mereka diberkas dalam Op Ragada hari ini membawa kepada rampasan kenderaan, selain pembekuan akaun bank, dan dokumen.
Katanya, penahanan suspek susulan penerimaan maklumat pada Oktober tahun lalu berkaitan laporan pemindahan mencurigakan (STR) melibatkan beberapa akaun bank, bermula 2017 hingga September 2024.
“Bukit Aman menjalankan siasatan dan mengesyaki berlaku kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
“Siasatan mendapati mereka menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram melalui transaksi kewangan mencurigakan dan kesalahan pecah amanah jenayah oleh pengarah syarikat, tipu tender, dan menganugerahkan tender kepada diri sendiri serta ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, tangkapan membabitkan empat lelaki dan seorang wanita berusia 26 hingga 65 tahun.
Beliau berkata, tangkapan dijalankan di Sarawak dan Pulau Pinang sebelum menyita dan membekukan membekukan kenderaan, akaun bank, dan dokumen dengan nilai keseluruhan lebih RM17,434,217.36.
Awal hari ini, Harian Metro melaporkan seorang pegawai kanan syarikat penyiaran di Kuching ditahan sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.
Lelaki berusia 60-an dibawa keluar dari pejabatnya pada 3 petang untuk dibawa ke lokap IPK Sarawak.