Johor kembali bah, 355 kini di 8 PPS

Johor kembali bah, 355 kini di 8 PPS

Mangsa-mangsa yang terdiri daripada 124 keluarga ditempatkan di PPS setakat 10 malam tadi.

Hujan lebat sejak pagi mengakibatkan Kota Tinggi sekali lagi dilanda banjir dengan beberapa sungai utama merekodkan paras bahaya. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Johor kembali dilanda banjir dengan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Tinggi susulan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani berkata, 355 mangsa daripada 124 keluarga terjejas akibat bencana itu ditempatkan di PPS itu setakat 10 malam tadi.

“PPS yang diaktifkan ialah Dewan Kampung Baru Sungai Mas, SJKC New Kota, Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), SK Laksamana, SK Bandar Penawar 1, Dewan Kampung Makam, Dewan Kota Kechil dan SK Teluk Ramunia,” katanya.

Sementara itu, empat sungai dilaporkan berada pada paras bahaya, iaitu stesen Sungai Skudai di Kampung Laut (4.16m) dan Sungai Tebrau di Taman Sri Pandan (2.51m) di Johor Bahru; Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil (2.63m), Kota Tinggi; serta Sungai Paya Dato di Mersing dengan bacaan 2.32m.

Menurut Azmi, keadaan cuaca di lapan daerah di Johor diramalkan hujan kecuali Mersing dan Tangkak yang dijangka mendung malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.