
Pengarahnya, Kamalludin Ismail berkata, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN cawangan Taiping kira-kira 11.50 pagi semalam menyerbu premis itu susulan maklumat dan aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga di premis itu.
Beliau berkata, susulan maklumat orang awam, pihaknya melaksanakan tindakan uji beli melalui Ops Samar.
“Hasilnya mendapati pekerja premis memaklumkan bahawa minyak masak peket telah habis dijual,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata, pihaknya yang curiga dengan jawapan pekerja tersebut menyerbu dan membuat pemeriksaan di premis itu, membawa kepada penemuan 140kg minyak masak peket 1kg disimpan di stor simpanan barang.
Semua minyak masak yang dianggarkan bernilai RM350 itu disita dan kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.