
Semakan di YouTube menunjukkan video itu tidak lagi tersedia.
“Video ini diprivasikan,” kata mesej paparan.
Video itu juga tidak lagi ditemui di Facebook.
Terdahulu, Pemuda Bersatu menuntut kementerian menarik balik video itu, sambil mendakwa mereka cuai kerana tidak mempamerkan elemen masjid, selepas memuatkan paparan rumah ibadat seperti gereja dan kuil.
Exco Pemudanya Adib Shaharuddin, berkata perlu ada kandungan video lebih seimbang dan tidak meminggirkan majoriti penduduk negara beragama Islam dan tidak alpa menjaga sensitiviti umat Islam.
Berdasarkan video berdurasi 41 saat dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tourism Malaysia, montaj tersebut memaparkan beberapa destinasi tumpuan pelancong antaranya Jalan Petaling dan Pasar Seni di Kuala Lumpur, Gua Mulu (Sarawak), Skywalk Langkawi (Kedah), Batu Caves (Selangor), dan Christ Church di Melaka.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar, menyeru kementerian memberi penjelasan berkenaan isu tersebut dan mengambil tindakan segera.
Beliau berkata, montaj yang langsung tidak mengetengahkan keindahan masjid membina persepsi negatif dalam kalangan rakyat.
FMT telah menghubungi kementerian bagi ulasan lanjut.