Remaja hilang ditemukan selamat di Melaka

Remaja hilang ditemukan selamat di Melaka

Remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad ditemukan di rumah kawan.

Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman
Seorang remaja dilaporkan hilang sejak Ahad ditemukan selamat di rumah kawan, kata Ketua Polis Sepang, Norhizam Bahaman. (Gambar Bernama)
SEPANG:
Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Pelek sejak Ahad lepas, ditemukan selamat di Melaka.

Ketua Polis Sepang, Norhizam Bahaman, berkata remaja itu ditemukan di rumah kawannya pada 6 pagi tadi.

“Remaja itu dijumpai oleh orang awam yang mendapat maklumat daripada kenyataan media polis berhubung kehilangannya.

“Dia diserahkan kepada polis sebelum dikembalikan kepada ibu bapanya,” menurut kenyataan.

Beliau berterima kasih atas kerjasama dan maklumat yang disalurkan sehingga remaja itu ditemukan.

Semalam, media melaporkan polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan remaja itu susulan laporan polis dibuat bapanya sehari selepas kehilangannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.