Tiada kecederaan pada mayat ibu, bayi baharu lahir

Tiada kecederaan pada mayat ibu, bayi baharu lahir

Polis percaya mayat wanita itu adalah warga asing.

Tan Seng Lee
Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee, berkata uri turut ditemui di lokasi kejadian. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tiada kecederaan luaran pada mayat ibu dan bayi lelaki baharu lahir, yang ditemukan terbaring di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana Kelapa Sawit, Kulai, Johor.

Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee, berkata siasatan mendapati dipercayai wanita itu adalah warga asing.

Katanya, bertindak atas maklumat orang awam sepasukan polis dan pasukan forensik IPK Johor mendapati mayat kedua-duanya di tepi jalan itu, dengan bayi lelaki masih bertali pusat.

“Pegawai perubatan di lokasi kejadian mengesahkan kematian kedua-duanya.

“Tiada sebarang kecederaan luaran ditemui pada kedua-dua mayat,” katanya dalam kenyataan.

Tan berkata, turut ditemui uri berhampiran mayat.

“Kedua-dua si mati dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 316 Kanun Keseksaan.

Polis meminta mana-mana saksi mempunyai maklumat untuk tampil di balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat Arun Ramamoorthy di talian 013-3332385.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.