Mayat gelandangan warga emas ditemukan dalam sungai

Mayat gelandangan warga emas ditemukan dalam sungai

Penemuan mayat lelaki itu dimaklumkan orang ramai kepada polis.

Ketua Polis Timur Laut Abdul Rozak Muhammad, berkata mangsa berusia 72 tahun dipercayai gelandangan di kawasan berhampiran Sungai Pinang.
GEORGE TOWN:
Mayat lelaki warga emas dipercayai gelandangan ditemukan dalam Sungai Pinang berdekatan Masjid Kampung Rawa.

Ketua Polis Timur Laut Abdul Rozak Muhammad, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu daripada orang awam pada 1.30 tengah hari dan sepasukan polis terus ke lokasi kejadian.

“Siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 72 tahun dan dipercayai gelandangan di kawasan berhampiran tempat kejadian.

“Tiada unsur jenayah berlaku dalam kes ini, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memaklumkan mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.