Lelaki lagak polis samun warga asing

Lelaki lagak polis samun warga asing

Suspek warga tempatan ancam mangsa untuk ditangkap dengan meminta RM4,000.

Vijaya Rao
Ketua Polis Klang Utara S Vijaya Rao, berkata mangsa menyerahkan dua cincin emas dan satu telefon bimbit kepada suspek berusia 23 tahun.(Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Seorang lelaki ditahan disyaki menyamar anggota polis dan menyamun keluarga warga asing di sebuah kawasan perumahan di Meru, Klang, semalam.

Ketua Polis Klang Utara S Vijaya Rao, berkata lelaki warga tempatan itu dipercayai masuk ke rumah mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai polis serta meminta RM4,000 jika tidak mahu ditangkap.

Beliau berkata, mangsa dan keluarga yang berasa terancam telah menyerahkan dua cincin emas dan sebuah telefon bimbit kepada suspek berusia 23 tahun itu.

“Suspek terus melarikan diri dengan menaiki motosikal yang tidak dapat dipastikan jenis dan nombor pendaftaran dengan laporan polis dibuat kira-kira 1.24 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan.

Vijaya berkata, suspek ditahan bersama barang rampasan kini direman enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

“Polis menyeru masyarakat supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan jenayah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.