Pembangunan Kampung Baru perlu ambil kira sejarah dan warisan

Pembangunan Kampung Baru perlu ambil kira sejarah dan warisan

Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani berkata pandangan keseluruhan penduduk juga penting supaya tiada pertikaian timbul.

kampung baru
Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani berkata beliau tidak mahu isu pembangunan Kampung Sungai Baru berulang di Kampung Baru. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani berkata sebarang pembangunan di Kampung Baru perlu mengambil kira sejarah dan tradisi kawasan itu serta pandangan penduduk setempat.

Johari yang juga menteri perladangan dan komoditi berkata, rizab Melayu yang menjadi status Kampung Baru juga akan dipertahankan selagi ‘ada bintang dan bulan’, lapor Berita Harian.

Katanya, sebagai Ahli Parlimen, ada tiga perkara yang beliau sentiasa tekankan kepada semua penduduk di kawasan itu yang dianugerahkan Sultan Selangor kelima Sultan Alauddin Sulaiman Shah.

“Pertama memastikan memastikan tanah ini kekal milik tangan orang Melayu

“Kedua, mana-mana pembangunan yang hendak dilakukan kita galakkan, tetapi dengan syarat pemaju perlu mengambil kira sejarah dan tradisi kampung ini dan ketiga kepentingan mengekalkan kebersihan seperti kebersihan longkang yang diselenggara dengan baik,” katanya dipetik berkata.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis kesyukuran dan bacaan Yasin sempena sambutan 125 tahun Kampung Baru di Masjid Jamek Kampung Baru, malam tadi.

Johari berkata, kelancaran pembangunan di Kampung Baru kerana pihaknya mengambil kira pandangan penduduk setempat sebelum memulakan pembangunan.

Beliau mengambil contoh isu pembangunan di Kampung Sungai Baru yang didakwa berpunca daripada pemaju melaksanakan projek seperti pembangunan kawasan setinggan dan tidak mempertimbangkan aspek sejarah dan mengambil kira pandangan penduduk.

“Tetapi di Sungai Baru malangnya apabila hendak dibangunkan, ia tidak mengambil pandangan semua yang akhirnya berlaku membuatkan wujud dua kumpulan, satu mahu pindah dan sudah berpindah yang masuk tujuh tahun, kemudian satu lagi tidak bersetuju,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.