
Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad, berkata suspek berusia 47 tahun itu ditahan di dalam sebuah tandas dalam hutan tersebut oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pulau Pinang, yang melakukan serbuan kira-kira 5 petang hasil maklumat dan risikan.
Polis rampas sejumlah dadah jenis heroin serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah bernilai RM51,370.
“Dadah tersebut ditemui di dalam sebuah kotak kertas berwarna coklat bertulis ‘Luzhou Laojiao Touqu’ anggaran berat 5,351 gram bernilai RM51,370,” katanya dalam kenyataan.
Rozak berkata sebuah motosikal turut disita menjadikan keseluruhan rampasan bernilai RM54,870.
Sindiket itu dipercayai aktif sejak awal Disember 2024 dan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 26,755 orang.
Katanya, suspek positif dadah jenis metamfetamina selain mempunyai 10 rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.
“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 8 Jan depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya.