Terpedaya tawaran jadi vendor, peniaga rugi lebih RM200,000

Terpedaya tawaran jadi vendor, peniaga rugi lebih RM200,000

Mangsa tertipu selepas dihubungi suspek yang menawarkan peluang menjadi vendor pembekal jubah konvo dan pakaian seragam untuk kampus cawangan universiti.

scam
Menurut Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor, mangsa membuat membuat lima transaksi bayaran ke lima akaun berbeza bagi membeli barangan dengan wang syarikat berjumlah RM252,150.
KUALA TERENGGANU:
Seorang peniaga mengalami kerugian RM252,150 selepas ditipu sindiket yang menawarkan tender tidak wujud.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata pada 23 Dis lepas, wanita berusia 47 tahun itu dihubungi suspek yang menawarkan peluang menjadi vendor pembekal jubah konvo dan pakaian seragam untuk sebuah kampus cawangan sebuah universiti di negeri ini.

Beliau berkata suspek yang juga seorang wanita memujuk mangsa supaya berhubung dengan anggota sindiket lain yang kononnya pembekal vendor terdahulu bagi mendapatkan bekalan pakaian berkenaan.

“Peniaga itu bersetuju untuk menerima tender berkenaan setelah melihat sebut harga yang diberikan, dan membuat lima transaksi bayaran ke lima akaun berbeza bagi pembelian barangan menggunakan wang syarikat berjumlah RM252,150,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata peniaga itu hanya menyedari ditipu selepas membuat semakan dengan pihak berkaitan kemudiannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.