
PPM Labuan mengesan kegiatan itu ketika rondaan pemantauan di sekitar perairan berkenaan pada 10.30 malam.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Mohd Nazri Ibrahim, berkata sebuah bot mencurigakan dikesan sedang bergerak dari arah laut dekat Kiansam menuju Teluk Brunei.
Katanya, bot itu memecut ke arah laut Teluk Brunei sambil membuang sesuatu ke laut ketika bot ronda PPM Labuan bergerak ke arahnya untuk tujuan pemeriksaan.
“Bot ronda PPM Labuan terus mengejar sambil mengelak objek dibuang ke laut, di mana bot penyeludup bergerak semakin laju dan jauh,” katanya menurut Harian Metro.
Nazri berkata, pemeriksaan ke atas objek dibuang ke laut mendapati beberapa bungkusan minuman keras disyaki belum bercukai cuba diseludup keluar ke perairan Sarawak.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati 66 karton minuman keras pelbagai jenama terapung dan dirampas untuk siasatan.
Katanya, minuman keras dirampas itu dianggarkan berjumlah RM10,704.38 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.