
Pengarah Maritim Pahang, Mazlan Mat Rejab, berkata pihaknya menerima laporan melalui Pusat Sub Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan berhubung kejadian membabitkan
bot tunda Muhibah AP 12 itu pada 7.40 malam.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, empat lelaki berusia antara 19 hingga 51 tahun dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan memakai jaket keselamatan.
“Sebaik saja menerima laporan itu, bot ronda Penggalang 19 diatur gerak ke lokasi itu. Namun, bot tidak dapat ke lokasi akibat cuaca buruk.
“Bagaimanapun kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, MRSC Kuantan dimaklumkan oleh polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pekan bahawa semua mangsa berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, semua mangsa diselamatkan melalui jalan pantai berikutan jarak lokasi bot tunda yang terkandas adalah berhampiran dengan pesisir pantai.
“Semua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Operasi Carilamat ditamatkan pada 4 pagi,” katanya.