Wanita ditahan susulan video bakar motor

Wanita ditahan susulan video bakar motor

Di media sosial, tular video memaparkan seorang wanita bertindak membakar sebuah motosikal berhampiran sebuah gerai.

Seorang wanita ditahan susulan video tular bakar motorsikal, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Seorang wanita ditahan susulan video tular memaparkan perbuatan membakar motosikal di Taiping, Perak.

Ketua Polis Taiping, Mohamad Nasir Ismail, berkata polis menahan wanita terbabit semalam, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu khianat dengan api.

Tangkapan tersebut menyusuli laporan oleh seorang penarik kenderaan.

“Motif kejadian berpunca dari tangkapan yang tidak berpuas hati apabila motosikal itu mahu ditarik,” katanya lapor Berita Harian.

“Difahamkan bayaran bulanan motosikal berkenaan tertunggak selama lebih 20 bulan dan motosikal itu dibeli atas nama anaknya.”

Wanita itu dibawa ke IPD Taiping dan proses reman akan dibuat pagi ini.

Di media sosial, tular video memaparkan seorang wanita bertindak membakar sebuah motosikal berhampiran sebuah gerai.

Berita Harian melaporkan bomba berjaya memadamkan kebakaran itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.