
Ketua Polis Rembau, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata lelaki 42 tahun itu membuat laporan pada 3.14 pagi Sabtu lalu mendakwa ditahan dua individu tidak dikenali pada 10.22 malam Jumaat yang menyamun barang peribadi dan melarikan kereta Audinya.
“Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut mendapati dia membuat laporan palsu demi membuat tuntutan insurans,” katanya menurut Sinar Harian.
Menurutnya, lelaki itu ditahan di sebuah restoran di Pedas kira-kira 11.45 pagi semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap individu membuat laporan palsu sehingga memberi kesan negatif berlaku kejadian jenayah yang mengganggu gugat ketenteraman awam.