
Lanjutan sehingga 29 Dis itu itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuching Nursyaheeqa Nazwa Radzali selepas tempoh reman suspek tamat hari ini, lapor Harian Metro.
Ia bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 18 Disember lalu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Mancha Ata mengesahkan mayat reput yang ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya adalah milik adalah Nurul Asikin Lan, wanita berusia 28 tahun yang dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.
Pengesahan itu dibuat selepas polis menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan keadaan mayat yang reput menyukarkan keluarga mangsa membuat pengecaman.
Terdahulu, polis menahan seorang lelaki yang dikenal pasti suspek utama kes pembunuhan itu pada 14 Dis lalu sebelum dia menunjukkan lokasi mayat mangsa dibuang di dalam longkang berdekatan tempat pembuangan sampah di Jalan Setia Raja.
Dalam soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku melakukan pembunuhan itu kerana mahu mengambil barang kemas mangsa untuk digadai.
Ia kerana dia memerlukan wang untuk ke Phnom Penh bagi menyaksikan perlawanan Malaysia-Kemboja dalam saingan Piala Asean.