
Ketua Polis Sepang, Norhizam Bahaman, berkata tempoh reman lelaki 41 tahun itu dilanjutkan mulai hari ini hingga Ahad.
“Perintah sambung reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret Sepang.
“Polis juga akan merujuk kertas siasatan kes itu kepada timbalan pendakwa raya hari ini untuk arahan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.
Sabtu lalu, media melaporkan seorang selebriti ditahan di kediamannya di kawasan rumah teres Cyberjaya bersama dua peket lutsinar disyaki ganja.
Polis menyerbu rumah suspek pada 3.10 petang 14 Dis lalu dan menemui dua peket lutsinar masing-masing mengandungi leraian disyaki daun ganja dianggarkan 60.3g.
Hasil ujian air kencing suspek didapati positif tetrahydrocannabinol (THC) dan siasatan mendapati selebriti itu sudah lapan tahun menagih.