Tiada apa PAC boleh siasat berkait pajakan tren China, kata Loke

Tiada apa PAC boleh siasat berkait pajakan tren China, kata Loke

Menteri pengangkutan berkata perjanjian pajakan tren dengan China itu masih di peringkat rundingan dan tiada kontrak ditandatangani.

Pada Ogos lalu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata Malaysia akan memeterai perjanjian pajakan RM10.7 bilion dengan China bagi memperoleh tambahan 62 set tren penumpang untuk KTMB.
PUTRAJAYA:
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata tiada apa yang Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) boleh siasat berkait perolehan aset tren penumpang untuk rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara pajakan berjumlah RM10.7 bilion.

Ini kerana, kata Loke kontrak itu masih lagi di peringkat rundingan dengan kerajaan China.

“Saya tidak tahu apa yang mahu mereka (PAC) mahu siasat kerana kontraknya masih belum ditandatangani.

“Tiada apa untuk mereka siasat kerana projek ini masih di peringkat rundingan,” katanya dalam sidang media selepas satu program.

Pada mingu lalu, Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata pihaknya akan memulakan siasatan terhadap projek tu yang membabitkan kerjasama Kementerian Pengangkutan, Kementerian Ekonomi, Perbadanan Aset Keretapi dan KTMB.

Katanya, perjanjian kereta api itu antara lima projek akan disiasat PAC bermula Februari tahun depan.

Pada Ogos lalu, Loke berkata Malaysia akan memeterai perjanjian pajakan RM10.7 bilion dengan China bagi memperoleh tambahan 62 set tren penumpang untuk KTMB.

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka siap sepenuhnya menjelang 2027.

Loke juga berkata fasa pertama ECRL menghubungkan Kota Bharu dan Gombak, dijangka siap pada Dis 2026, dan fasa kedua ke Port Klang pada Disember 2027.

Katanya, 11 set tren elektrik dikeluarkan Railway dan Rolling Stock Corporations (CCRC) Dalian, akan digunakan dalam operasi ECRL.

“Set pertama dijangka tiba di Malaysia menjelang akhir 2025,” katanya.

Katanya, tren itu boleh mencapai kelajuan maksimum 160kmj apabila beroperasi pada Jan 2027, dengan masa perjalanan dari Kota Bharu dengan terminal bersepadu di Gombak hanya empat jam.

Loke juga berharap perkhidmatan tren itu boleh disambung ke Thailand.

“Landasan sudah sampai ke Kota Bharu, dan hanya 20km dari sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang.

“Sudah pasti kita perlu bekerjasama dengan kerajaan Thailand,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.