Amaran keras polis: Jangan hampiri runtuhan di Sg Kelantan

Amaran keras polis: Jangan hampiri runtuhan di Sg Kelantan

Tinjauan Bernama dapati orang ramai buat kandungan media sosial di kawasan runtuhan tanah.

Polis keluar amaran keras selepas mendapati orang ramai kunjung kawasan runtuhan tanah tanpa tujuan munasabah. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama.

Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya mendapati orang ramai masih berkunjung ke kawasan itu tanpa tujuan munasabah.

“Walaupun garisan kuning telah dipasang, kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai yang masih degil. Pihak berkuasa tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan di kawasan itu,” katanya.

Tinjauan Bernama di kawasan terbabit petang ini mendapati orang ramai tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa dan bebas keluar masuk serta membuat kandungan media sosial.

Pada Isnin, satu runtuhan sepanjang lebih 50 meter dikesan berlaku di tebing Sungai Kelantan menyebabkan laluan pejalan kaki di lokasi itu terhumban ke bawah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.