Polis KL siasat anggota tunjuk isyarat lucah

Polis KL siasat anggota tunjuk isyarat lucah

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata siasatan dimulakan walaupun polis tidak menerima laporan berhubung perkara itu.

Rusdi Mohd Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya sudah mengenal pasti anggota berkenaan yang kini bertugas di dalam kawasan di ibu negara. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya sudah mengenal pasti anggota berkenaan yang kini bertugas di dalam kawasan di ibu negara.

“Siasatan dimulakan walaupun polis tidak menerima laporan berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi media sosial Instagram oleh seorang wanita yang mendakwa seorang anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepadanya, ketika wanita itu sedang mengambil gambar dalam satu protes mengenai hak asasi manusia di sini.

Wanita berkenaan turut mendakwa isyarat yang ditujukan kepadanya itu diulang beberapa kali oleh anggota polis terbabit bagi memastikan ia dapat dilihat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.