
Setiausaha Agung Fuziah Salleh berkata turut diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga perwakilan adalah penetapan prinsip penetapan kuota gender dan etnik.
Kongres itu dihadiri Presiden PKR Anwar Ibrahim yang juga perdana menteri selain pimpinan parti yang lain.
Pada masa sama, Fuziah berkata tarikh baharu bagi Kongres Nasional 2024 dan 2025 akan diumum setelah MPP membuat keputusan dalam mesyuarat terdekat.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata dalam pindaan Perlembagaan itu juga parti itu telah menambah ahli perwakilan bagi membolehkan mereka mengundi secara dalam talian selepas ini.
“Akan ada perwakilan hadir secara fizikal dan perwakilan undi di cabang secara dalam talian,” katanya.