
Razarudin berkata Wan Azri dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai merakam keterangannya, lapor Harian Metro.
“Setakat ini, 16 orang sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
“Siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Semaalam, peguam penulis blog itu, Rafique Rashid Ali berkata lapan anggota polis datang dan menahan Wan Azri di rumahnya kira-kira 1.30 pagi.
Katanya, Wan Azri ditahan dan disiasat Bukit Aman kerana menipu dan kesalahan berkaitan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).
Difahamkan, siasatan itu berkait dengan satu laporan yang dibuat seorang menteri pada Julai lalu.