
Pengurus kilang Sime Darby Plantation Bhd, Ahmad Fauzi Jantan, dari kilang Sua Betong membayar denda dikenakan Hakim Kamil Nizam minggu lalu.
Pegawai Pendakwa Fitri Soroni dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengendalikan kes itu.
Mengikut fakta kes, sepasukan pegawai penguat kuasa JAS menyiasat kilang itu kira-kira 9.30 pagi 2 Jan lalu dan mendapati beberapa kolam efluen membuang sisa ke sungai berhampiran.
Pegawai mengambil tiga sampel yang dihantar ke Jabatan Kimia di Melaka untuk dianalisis.
Keputusan menunjukkan permintaan oksigen biokimia melebihi paras dibenarkan. Bacaan adalah 110mg melebihi had sebanyak 10%.
Justeru, syarikat itu melanggar Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977 bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM250,000.
JAS di Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata, ia tidak akan berkompromi dengan pencemar.
Menurutnya, orang ramai boleh melaporkan aktiviti mencemarkan alam sekitar melalui portal aduannya e-aduan.doe.gov.my, pusat panggilan di 1-800-88-2727 atau melalui e-mel di [email protected].