
Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata siasatan awal pihaknya mendapati tiada aktiviti menggunakan bahan letupan atau kebakaran dilaporkan berlaku susulan dakwaan letupan dan gegaran itu.
Katanya, pada 1.30 pagi tadi pihaknya menerima maklumat daripada seorang individu yang terdengar bunyi kuat di ruang udara dipercayai sebuah jet ketika berada di beranda rumahnya di Kampung Kelaweh.
Menurutnya, pada 9.15 pagi tadi juga polis mengesan beberapa komen di Facebook berkait satu letupan dan gegaran kuat berlaku dan isu berkenaan menjadi tular.
“Justeru polis Machang dan Kelantan amnya menasihati orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengusarkan masyarakat,” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.