Murid disyaki ditumbuk, diseret guru, kes dirujuk kepada pendakwa

Murid disyaki ditumbuk, diseret guru, kes dirujuk kepada pendakwa

Polis Johor Selatan memaklumkan kes dirujuk kepada pendakwa raya bagi arahan selanjutnya.

Raub Selamat
Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat, berkata laporan melibatkan kes seorang murid dikasari guru diterima pada semalam. (Gambar Facebook)
JOHOR BAHRU:
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes murid 10 tahun didakwa dikasari guru sekolahnya, kata Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Siasatan dirujuk kepada pendakwa raya bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular di Facebook yang mendakwa seorang murid ditampar, ditumbuk, direntap rambut, dan diseret hingga ke pejabat sekolah oleh guru sekolah.

Pemilik akaun laman sosial berkenaan mempersoalkan perbuatan itu kerana kanak-kanak tersebut tidak mempunyai ibu bapa dan tinggal di rumah kebajikan masyarakat.

Hantaran itu turut mengundang kemarahan orang ramai dan mahu tindakan sewajarnya diambil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.