Polis tahan lelaki disyaki tikam ibu hingga mati

Polis tahan lelaki disyaki tikam ibu hingga mati

Wanita berusia lingkungan 50-an disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom pagi tadi.

tikam stab
Polis berkata suspek dipercayai mencederakan mangsa menggunakan pisau. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an berhubung kematian wanita dipercayai ibunya di Kluang, Johor, pagi tadi.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 10.45 pagi mengenai seorang wanita tempatan usia 50-an ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di Felda Ayer Hitam, Sri Lalang.

“Terdapat kesan tikaman di belakang badan mangsa. Suspek dipercayai menggunakan pisau,” katanya menurut Bernama.

Wanita itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Bahrin berkata, pihaknya kemudian menahan seorang lelaki di lokasi kejadian kira-kira 11 pagi.

Katanya, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah selain ujian urin negatif.

“Suspek akan direman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.