3 penjenayah ditembak mati di Sabah

3 penjenayah ditembak mati di Sabah

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Azmi Abdul Rahim berkata tiga suspek maut berbalas tembakan dengan polis kira-kira 9.13 malam tadi.

garisan kuning
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Azmi Abdul Rahim berkata tiga suspek lelaki itu dipercayai terbabit beberapa aktiviti jenayah, termasuk kes bunuh di Sarawak.
PETALING JAYA:
Tiga penjenayah bersenjata api maut berbalas tembak dengan polis di Beverly Hill, Penampang, malam tadi.

Tiga suspek lelaki itu dipercayai terbabit beberapa aktiviti jenayah, termasuk kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Azmi Abdul Rahim berkata, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) JSJ IPK Sabah menyerbu sebuah pangsapuri di tingkat satu.

Beliau berkata, tiga suspek maut selepas berbalas tembakan dengan pasukan polis kira-kira 9.13 malam tadi.

“Ketiga-tiga penjenayah ini dipercayai terbabit beberapa kes jenayah, termasuk kes bunuh di Sarawak,” katanya menurut Harian Metro.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.