
Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata petugas meredah arus deras untuk menyelamat namun mendapati tiada kediaman di kawasan yang dilaporkan.
“Saya mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan dalam keadaan yang agak meruncing kini,” katanya lapor Berita Harian, pada sidang media selepas meninjau kawasan banjir.
Beliau mengumumkan mulai hari ini setiap panggilan akan ditapis sebelum petugas digerakkan.
“Perbuatan sebegitu sangat mendukacitakan kita kerana untuk sampai ke satu-satu lokasi bukanlah senang,” katanya.
Setakat 3 petang tadi, seramai 140,107 mangsa banjir daripada 42,214 keluarga ditempatkan di 715 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan negeri.
Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu dan Perak hingga esok.