Polis siasat 3 kucing dibunuh di kediaman pelajar

Polis siasat 3 kucing dibunuh di kediaman pelajar

Ketua Polis Wangsa Maju Lazim Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang).

kucing
Polis berkata bangkai haiwan berkenaan ditemui berlumuran darah di tangga kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak.
PETALING JAYA:
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian tiga kucing yang ditemui mati dipercayai dibunuh di kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak baru-baru ini.

Ketua Polis Wangsa Maju Lazim Ismail dalam satu kenyataan berkata kejadian itu dipercayai berlaku pada 17 Nov lalu.

“Tiga ekor kucing itu ditemui mati berlumuran darah di bahagian kepala di tangga kediaman pelajar berkenaan.

“Kejadian itu dimaklumkan seorang pelajar kepada pengawal keselamatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang),” katanya.

Baru-baru ini tular satu video di TikTok menunjukkan bangkai tiga ekor kucing dengan kesan kecederaan dipercayai akibat ditikam di kepala.

Video itu mencetuskan kemarahan warganet yang menggesa jabatan veterinar dan polis menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.