Pesara rugi RM577,000 angkara pelaburan tak wujud

Pesara rugi RM577,000 angkara pelaburan tak wujud

Mangsa berminat menyertai skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan selepas melihat satu tawaran hebat di Facebook.

hacker scammer
Mangsa membuat 15 transaksi menggunakan wang KWSP dan simpanan sendiri untuk pembelian saham menerusi aplikasi diberikan.
KUANTAN:
Seorang pesara lelaki berusia 56 tahun kerugian RM577,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklan menerusi media sosial bulan lalu.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata pada mulanya lelaki itu berminat menyertai skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan selepas melihat satu tawaran hebat di Facebook.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian diberikan pautan untuk mengisi maklumat peribadi, dan dalam tempoh 8 Okt hingga 21 Nov, dia membuat 15 transaksi menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta simpanan sendiri untuk pembelian saham menerusi aplikasi diberikan.

“Dia kemudian dimaklumkan telah mendapat keuntungan lebih RM7.7 juta, namun mula menyedari ditipu setelah hasil keuntungan itu tidak dapat dikeluarkan, malah aplikasi pelaburan berkenaan dipadamkan,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya berkata, lelaki itu membuat laporan di IPD Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.