Buruh mengaku salah bakar rumah ibadat, dijel 4 tahun

Buruh mengaku salah bakar rumah ibadat, dijel 4 tahun

Tertuduh Muhammad Nizam A Rahman juga didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah membakar sebuah rumah ibadat di Tangkak, Johor, Julai lalu.

gavel
Muhammad Nizam A Rahman mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan membakar sebuah rumah ibadat di di Tangkak, Johor pada Julai lalu. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Seorang buruh dihukum penjara empat tahun dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku bersalah membakar sebuah rumah ibadat di Tangkak, Johor pada Julai lalu.

Tertuduh Muhammad Nizam A Rahman, 32, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin, lapor Harian Metro.

Nariman turut mengarahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Nizam didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api yang menyebabkan kebinasaan terhadap sebuah rumah ibadat, di Kebun Baru, Tangkak, pada jam 3.30 pagi, 15 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dilaporkan membawa diesel dari rumahnya tidak jauh dari lokasi lalu menyimbah ke arah rumah ibadat terbabit sebelum membakarnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ariff Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.