
Presiden P Punithan berkata Zahid Hamidi adalah timbalan perdana menteri semasa pelan itu dilancarkan.
“Saya rasa BN mesti dipertanggungjawabkan dan meyakinkan perdana menteri untuk melaksanakan kuota 7% di universiti awam,” menurut kenyataan.
“Jika belia India menerima peluang berdasarkan sistem merit, maka mengapa Zahid, bersama Najib, melancarkan pelan tindakan itu?”
Pelan yang dilancarkan pada 2017 itu menetapkan beberapa sasaran, termasuk memboleh dan memudahkan pendaftaran sekurang-kurangnya 7% kaum India dalam semua kolej, universiti, politeknik dan institusi pendidikan tinggi atau lanjutan lain milik kerajaan.
Semalam, Menteri Pendidikan Tinggi Dr Zambry Abd Kadir berkata kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Beliau berkata kegagalan mendapat tempat di universiti awam tidak sepatutnya menjadi isu perkauman ataupun diskriminasi, dan pelajar cemerlang akan diberikan tempat.