
Katanya, tangkapan terhadap suspek susulan tangkapan membabitkan seorang bekas pengurus kanan kejuruteraan sebuah syarikat pengeluaran barang keperluan asas, berkaitan tuntutan palsu dan penipuan kira-kira RM2 juta pada Rabu minggu lalu.
“Siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2019 sehingga tahun ini,” menurut sumber.
“Suspek yang juga merupakan pengurus sebuah syarikat pembaikan mesin di sebuah kilang pengeluaran barang keperluan asas disyaki telah mengemukakan tuntutan palsu syarikat beliau bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan serta memberi rasuah kepada kakitangan syarikat yang meluluskan tuntutan-tuntutan palsu tersebut.”
Suspek, yang merupakan seorang lelaki berusia 40-an, dipercayai ditahan kira-kira jam 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.
SPRM peroleh perintah reman empat hari sehingga 20 Nov selepas permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM, katanya.