Komposer S Atan meninggal dunia

Komposer S Atan meninggal dunia

Pada 16 Sept lalu S Atan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

s atan
S Atan meninggal pada 3.35 petang tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Komposer S Atan disahkan meninggal dunia pada usia 75 tahun di kediamannya di Kajang 3.35 petang tadi.

Berita pemergian legenda itu disahkan isterinya, Norizan Yeob, lapor Harian Metro.

“Ya, suami saya sudah tiada. Cuma saya belum dapat memberikan sebarang maklumat kerana masih menunggu pihak berkaitan untuk mengesahkan terlebih dulu.

“Suami saya meninggal dunia di rumah,” katanya ketika dihubungi.

Pada 16 Sept lalu, S Atan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Beliau pernah dimasukkan ke hospital pada 2006 kerana menghidap angin ahmar.

Pada Februari 2019, komposer yang banyak menghasilkan lagu raya malar segar itu sekali lagi menerima rawatan di hospital akibat masalah buah pinggang.

S Atan terbabit dalam bidang muzik lebih empat dekad dan menghasilkan lebih 1,000 lagu hits nyanyian penyanyi popular seperti Sharifah Aini, Sudirman, Jamal Abdillah, Sheila Majid, Jay Jay dan ramai lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.