
Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di Petaling Jaya dan Subang Jaya susulan laporan seorang lelaki tempatan mendakwa disamun seorang daripada mereka.
“Semua suspek masing-masing bekerja sebagai penghantar dokumen, pembeli emas dan pembantu kedai emas dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah dan narkotik.
“Semasa serbuan turut dirampas beberapa barang kemas dan resit pembelian emas serta sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama.
Wan Azlan berkata, seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 Nov manakala dua lagi direman sehari.
“Hasil tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan lapan kes ragut di Subang Jaya dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan suspek di daerah lain,” katanya.