
Hakim N Priscilla Hemamalini menjatuhi denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Muhamad Abdul Hadi Abdullah, 35.
Mahkamah memerintahkan tertuduh yang berpangkat Laskar Kanan Maritim di Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis, dipenjara lima bulan bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda.
Mengikut semua pertuduhan, Hadi didakwa menerima wang berjumlah RM2,300 dengan tiada balasan daripada pemilik Syarikat LGH Maju Trading, Lim Kian Chong dan tertuduh tahu dia ada hubungan kerja rasmi dengan individu berkenaan.
Wang itu diterima melalui lima transaksi akaun Maybank milik orang tengah, iaitu seorang wanita yang kemudian dimasukkan ke akaun RHB Bank tertuduh.
Semua kesalahan itu dilakukan di RHB Bank Cawangan Pulau Langkawi pada 2 Jan, 10 April, 11 Mei, 7 Julai dan 8 Okt 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.