
Dalam kejadian pada Khamis lalu, suspek berusia 32 tahun itu turut mencederakan diri sendiri selepas disyaki membunuh Zulkifli Ibrahim, 62, dan anak perempuan, Siti Zulaila Zulkifli, 30.
Pemangku Ketua Polis Timur Laut Lee Swee Sake, berkata suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Suspek akan didakwa di wad Hospital Pulau Pinang kira-kira 9 pagi.
“Susulan itu, polis berjaya melengkapkan siasatan kes bunuh berprofil tinggi ini dalam tempoh enam hari sahaja sehingga menghasilkan pertuduhan terhadap suspek bunuh berkenaan pada esok,” katanya menurut Berita Harian.
Insiden itu dipercayai berpunca akibat mangsa wanita dikatakan menolak cinta suspek.
Dilaporkan sebelum kejadian, suspek juga dikatakan melakukan ugutan bunuh terhadap keluarga mangsa di kediaman mereka.