Keldai dadah bawa syabu RM800,000 ditahan di KKIA

Keldai dadah bawa syabu RM800,000 ditahan di KKIA

Susulan itu, polis menahan seorang lagi lelaki di sebuah hotel di Kota Kinabalu pada 11.15 malam hari sama.

Polis berkata lelaki 24 tahun yang membawa dua beg berisi 23 kotak dadah itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 8.30 pagi 7 Nov lalu.
KOTA KINABALU:
Polis merampas syabu seberat 24.5kg dianggarkan bernilai RM800,000 selepas menahan seorang lelaki dipercayai keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) 7 Nov lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun, berkata lelaki 24 tahun itu didapati membawa dua beg berisi 23 kotak dadah menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ditahan di KKIA pada 8.30 pagi.

Susulan tangkapan itu, katanya, seorang lagi lelaki 28 tahun ditahan di sebuah hotel di sini pada 11.15 malam hari sama dan beberapa barangan antaranya telefon bimbit, komputer riba serta wang tunai dirampas.

“Soal siasat mendapati suspek pertama yang didapati positif syabu ditawarkan upah RM1,000 bagi setiap 1kg dadah dibawa dari Kuala Lumpur ke Sabah, dengan kali pertama lelaki itu membawa syabu ke negeri jiran pada 5 Nov dengan upah RM9,000.

“Dadah dirampas itu mampu menampung sehingga 81,659 penagih dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di IPK Sabah di sini.

Sementara itu, Jauteh berkata, kadar jenayah di Sabah meningkat kepada 3,652 kes setakat hujung bulan lepas, peningkatan 220 kes atau 6.41% berbanding 2023.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya mencatatkan kadar penyelesaian kes 80.42%, ketiga tertinggi di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.