Video pelupusan bangkai anjing di Manjung tak benar

Video pelupusan bangkai anjing di Manjung tak benar

Polis Manjung merujuk video berdurasi 16 saat papar bangkai anjing dalam sebuah lubang tanah.

bunuh anjing dalam lubang
Ketua Polis Manjung Hasbullah Abd Rahman, berkata komen kononnya pengumpulan bangkai anjing dalam lubang berlaku di daerah itu sebagai tidak sahih. (Gambar X)
IPOH:
Klip video memaparkan tapak pelupusan bangkai haiwan di Manjung, Lumut, yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Ketua Polis Manjung Hasbullah Abd Rahman.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Manjung pada 10.53 malam semalam, mengenai penularan video itu di aplikasi TikTok dan Facebook.

“Siasatan mendapati video berdurasi 16 saat memaparkan rakaman bangkai anjing di dalam sebuah lubang tanah tidak memaparkan secara keseluruhan tapak lokasi.

“Hantaran di komen pemilik akaun Facebook memaklumkan kejadian berlaku dalam daerah Manjung disyaki maklumat tidak sahih dan pihak polis sedang menyiasat motif kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Hasbullah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.