
Beliau berkata demikian memandangkan parti itu dalam gabungan berbeza.
“Bukan masa ini. PAS dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam video dimuat naik Sabah Media di Facebook.
Pada 8 Okt 2020, kerajaan GRS buat pertama kali memilih wakil PAS, Aliakbar Gulasan sebagai Adun lantikan. Beliau merupakan pesuruhjaya PAS Sabah.
Masidi juga mengulangi gesaan agar Parti Maju Sabah (SAPP) memilih sama ada mahu kekal bersama PN atau GRS, sambil menyatakan parti pimpina Yong Teck Lee itu tidak boleh berada dalam gabungan berlainan pada masa sama.
“Saya sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini. Akhirnya, SAPP perlu memutuskan sama ada mahu berpihak di sini atau di sana. Tidak boleh kedua-duanya.”
Namun, Masidi menyuarakan keyakinan perkara itu boleh diselesaikan secara baik.
Beliau berkata, rundingan kerusi dalam kalangan komponen GRS menjelang PRN Sabah tahun depan belum bermula dengan menjangkakan perkara itu bukannya rumit untuk diselesaikan.
Katanya, sasaran utama kepada GRS adalah dipilih semula membentuk kerajaan negeri, sambil menegaskan isu parti mana bertanding bukan keutamaan.