Semarak20: Jazlan sedia hadap PAC jelas prestasi penjualan

Semarak20: Jazlan sedia hadap PAC jelas prestasi penjualan

Pengerusi Felcra Ahmad Jazlan Yaakub sedia pada bila-bila masa.

Pengerusi Felcra Ahmad Jazlan Yaakub sedia jelaskan kepada PAC berhubung prestasi penjualan Semarak20.
PETALING JAYA:
Pengerusi Felcra Berhad (Felcra) Ahmad Jazlan Yaakub sedia beri penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung prestasi penjualan bangunan komersial, Semarak20.

“Saya sedia pada bila-bila masa jika diminta oleh PAC untuk memberi penjelasan berhubung isu Semarak20,” katanya kepada FMT, memaklumkan belum dihubungi untuk menghadiri prosiding.

Terdahulu, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Zahid Hamidi, berkata beliau akan mengarahkan Jazlan dan ketua pegawai eksekutif Felcra beri penjelasan kepada PAC.

Dilaporkan, empat syarikat secara rasmi sudah menyatakan minat untuk pembelian secara keseluruhan bangunan itu, namun Felcra Properties Sdn Bhd (FPSB) masih menunggu pihak berkenaan membuat tawaran harga.

Kementerian dalam maklum balas kepada PAC beri komitmen untuk memastikan Felcra dan FPSB melaporkan status penjualan projek Semarak20 secara berkala.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.