
Semua tertuduhan yang masing-masing berpangkat Lans Koperal, Koperal dan Sarjan membuat pengakuan itu di dua mahkamah berasingan di hadapan Majistret M Kalaiarasi dan Khairatul Animah Jelani, lapor Sinar Harian.
Tertuduh Mohammad Muizzuddin Mohamad Taib, 29, Wan Muneer Abdullah, 36, Mohd Fazly Long, 45, Mohd Khairi Zakaria, 55, Muhammad Azri Zakariya, 35, G Selva Kumar, 36 dan TS Sarvindran, 28.
Semua anggota polis yang bertugas di IPD Kuala Muda, IPD Yan dan IPD Pendang itu didakwa memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan methylenedioxymethamphetamine.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat hiburan di Aman Square antara jam 4.20 hingga 7.23 pagi pada 2 Okt lalu.
Seorang lagi anggota polis, Francis Nawan Johny, 35, didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kuala Muda pada jam 12.25 tengah malam, tarikh yang sama.
Semua tertuduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Preeya dan Nur Hazwani Md Noor manakala tertuduh diwakili peguam masing-masing.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dan seorang penjamin serta menetapkan tarikh 3 hingga 12 Dis ini sebagai sebutan semula kes untuk serahan dokumen.