SPRM rakam keterangan pengasas FashionValet lebih 5 jam

SPRM rakam keterangan pengasas FashionValet lebih 5 jam

Menurut sumber, proses merakam keterangan dijangka berjalan hingga 10 malam, sebelum disambung esok.

vivy yusof n fadza
Setakat 8 malam, Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar masih belum keluar dari Ibu Pejabat SPRM sejak tiba untuk memberi keterangan pada 2.30 petang tadi. (Gambar Instagram)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan pengasas bersama FashionValet lebih lima jam berhubung siasatan berhubung kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Bernama melaporkan, setakat 8 malam, Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar masih belum keluar dari ibu pejabat SPRM sejak tiba pada 2.30 petang tadi.

Menurut sumber, proses merakam keterangan dijangka berjalan hingga 10 malam, sebelum disambung esok.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan pasangan itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Setakat semalam, katanya, empat saksi daripada PNB, Khazanah dan Kementerian Kewangan telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Dilaporkan semalam SPRM menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain serta merampas pelbagai dokumen untuk tujuan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.